Saturday, May 21, 2011

Sifat bulan Julai-Part 2

Assalamu'alaikum

Ok.hari ni nak sambung untuk sifat bulan Julai lagi..


  1. Pemerhatian yang tajam (aku memang suka bab2 perhatikan orang ni..hehe)
  2. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
  3. Mudah dan rajin belajar..(err? korang rasa?)
  4. Suka muhasabah diri
  5. Suka mendiamkan diri..(aku memang pendiam..:-p )
  6. Mudah gemuk kalau tak kawal diet..(alamak..cam mana ni?)
  7. Minta disayangi..(tolonglah sayang aku ok..)
  8. Terlalu mengambil berat..
  9. Rajin membuat kerja..(rajin?..)
  10. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama..
Hmm..macam mana? Korang yang kenal aku,korang rasa aku macam mana?
Ha? Comel? err..tu aku memang sedia maklum..just kiddin'...hehe  (^_^)


Saturday, May 14, 2011

Sifat bulan Julai-Part 1

Assalamu'alaikum...

Hmm..hari ni aku nak kongsi dengan korang semua pasal sifat bulan kelahiran aku~JULAI..supaya korang semua dapat mengenali aku dengan lebih mendalam..haha..(perasan sendiri).

Sifat berdasarkan bulan kelahiran ni telah dikaji Dr. Fadzilah Kamsah...ada yang betul, agak betul dan tak betul..

Yang berikut adalah sifat untuk bulan Julai..hehe

  1. Sangat suka didamping..(ehem..ehem)
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti especially lelaki..(aku rasa yang ni agak tepat)
  3. Ada harga diri dan maruah (sokong 200%..insyaAllah)
  4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tak marah apabila disusahkan....(korang pun sama jugak kan?)
  5. Sangat menjaga hati orang lain..(takde la jaga sangat)
  6. Sangat peramah..(me?nope..)
  7. Berjiwa sentimental (oh yeahhh!!)
  8. Jarang berdendam..(mudah-mudahan)
  9. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  10. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta PENYAYANG (patutla aku jadi ahli Kelab Penyayang UPM..hmm..no wonder..hehe)
  11. Agak pendiam kecuali diransang..(err..sila jangan fikir yang bukan2)
  12. Mudah dipujuk dan bercakap lurus..(yeke?)
  13. Emosi yang mendalam tapi mudah terluka hatinya..(haha..tak boleh blah)
  14. Tidak suka benda remeh temeh..(agakla..)
  15. Layanan yang serupa terhadap semua orang..
Banyak lagi sebenarnya sifat untuk bulan JULAI ni..esok2 panjang umur aku sambung ya!!!
Ok..sekian..

Wassalam (^_^)

Thursday, May 12, 2011

Jururawat

Assalamu'alaikum...

Ish..dah lama rasanya tak menulis entry...almaklumla malas + bz study (konon je)..padahal layan facebook berjam2 boleh je...ahaks..

Mmm..korang tau tak setiap 12 Mei kita sambut Hari Jururawat Sedunia? Tahu? Tak tahu? Apapun,bila korang baca entry ni, maksudnya korang dah tahu la bila hari jururawat kan?Betul tak?

Hebat betul kan jururawat a.k.a nurse@misi ni..Err..misi?

Korang tau tak kenapa aku kata NURSE ni HEBAT? Sebabnya NURSE ada juga hari diorang tersendiri...at least rasa spesial + di 'appreciate' masa hari tu kan? Korang ada dengar Hari Doktor Sedunia? Ada?Ada? Tak ada kan? Cuba korang search kat google "hari doktor sedunia"..confirm tak jumpa..yang ada pun pasal satu group kat facebook ni, diorang menuntut hari doktor sedunia...(tu pun kalau ada lagi)

Aku bukan nak kata doktor tak di'appreciate'....minta maaf ya doktor2 sekalian..tak terniat pun dihati :-(...
kalian AMAT2 lah dihargai...penting...Jasa kalian tak terkira..Allah saja yang dapat membalas jasa kalian..

Ok..berbalik pada cerita NURSE, sebenarnya aku ada adik yang tengah ambil Dip. Kejururawatan..so, di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kat adik aku, nurse-to-be, dan semua semua jururawat yang ada kat dunia ni, terutamanya yang pernah merawat aku...hehe...

Oklah..sampai sini je nak mengarut+merepek...salah silap minta maaf ya!!

Wassalam.