Pada suatu hari, ada tiga orang kawan, Ali, Abu & Mat bercadang nak naik helikopter. Lalu mereka pun naiklah helikopter. Sambil duduk2 dalam helikopter, Ali mengambil sebiji epal lalu menggigitnya. Disebabkan rasa yang terlalu manis, dia pun melemparkan epal tersebut keluar dari helikopter tersebut.
Then, Abu pula menggigit jeruk, tapi sebab terlalu masam, dia pun membuangnya keluar. Tiba giliran Mat, dia mengambil sebiji bom tangan lau menggigitnya dan kerana terlalu keras, dia pun turut melemparnya keluar.
Ketika helikopter mendarat, mereka bertiga pun berjalanlah bersama-sama sambil bercerita tentang pengalaman masing2 menaiki helikopter. Sedang sibuk bercerita, mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.
“Kenapa adik menangis?” tanya mereka.
“Ada sebiji epal jatuh dari langit dan menimpa anak kucing saya, dan mati, huwaaaa...”
Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.
“Kenapa adik menangis?” tanya mereka.
“Sebiji jeruk jatuh dari langit dan menimpa anak arnab saya, terus mati, huwaaa...”
Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok. Pelik dengan keadan itu, mereka pun bertanya kepada perempuan tersebut.
“Makcik, kenapa makcik ketawa?” tanya mereka.
“Tadi saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”
Sumber: Facebook(edited)
p/s: boleh lak kentut sampai terbakar bangunan?? hehehe...
No comments:
Post a Comment