Wednesday, June 29, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Kenali diri melalui rambut
Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah
1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERENTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalau nak nampak bijak macam empunya pesen rambut gini....
usaha kasik kusut rambut korang....)
10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT
(Botak) ..kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua

Tuesday, June 7, 2011
Jangan buang barang dari helikopter..
Pada suatu hari, ada tiga orang kawan, Ali, Abu & Mat bercadang nak naik helikopter. Lalu mereka pun naiklah helikopter. Sambil duduk2 dalam helikopter, Ali mengambil sebiji epal lalu menggigitnya. Disebabkan rasa yang terlalu manis, dia pun melemparkan epal tersebut keluar dari helikopter tersebut.
Then, Abu pula menggigit jeruk, tapi sebab terlalu masam, dia pun membuangnya keluar. Tiba giliran Mat, dia mengambil sebiji bom tangan lau menggigitnya dan kerana terlalu keras, dia pun turut melemparnya keluar.
Ketika helikopter mendarat, mereka bertiga pun berjalanlah bersama-sama sambil bercerita tentang pengalaman masing2 menaiki helikopter. Sedang sibuk bercerita, mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.
“Kenapa adik menangis?” tanya mereka.
“Ada sebiji epal jatuh dari langit dan menimpa anak kucing saya, dan mati, huwaaaa...”
Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.
“Kenapa adik menangis?” tanya mereka.
“Sebiji jeruk jatuh dari langit dan menimpa anak arnab saya, terus mati, huwaaa...”
Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok. Pelik dengan keadan itu, mereka pun bertanya kepada perempuan tersebut.
“Makcik, kenapa makcik ketawa?” tanya mereka.
“Tadi saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”
Sumber: Facebook(edited)
p/s: boleh lak kentut sampai terbakar bangunan?? hehehe...
Saturday, May 21, 2011
Sifat bulan Julai-Part 2
Assalamu'alaikum
Ok.hari ni nak sambung untuk sifat bulan Julai lagi..
Ok.hari ni nak sambung untuk sifat bulan Julai lagi..
- Pemerhatian yang tajam (aku memang suka bab2 perhatikan orang ni..hehe)
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
- Mudah dan rajin belajar..(err? korang rasa?)
- Suka muhasabah diri
- Suka mendiamkan diri..(aku memang pendiam..:-p )
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet..(alamak..cam mana ni?)
- Minta disayangi..(tolonglah sayang aku ok..)
- Terlalu mengambil berat..
- Rajin membuat kerja..(rajin?..)
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama..
Hmm..macam mana? Korang yang kenal aku,korang rasa aku macam mana?
Ha? Comel? err..tu aku memang sedia maklum..just kiddin'...hehe (^_^)
Saturday, May 14, 2011
Sifat bulan Julai-Part 1
Assalamu'alaikum...
Hmm..hari ni aku nak kongsi dengan korang semua pasal sifat bulan kelahiran aku~JULAI..supaya korang semua dapat mengenali aku dengan lebih mendalam..haha..(perasan sendiri).
Sifat berdasarkan bulan kelahiran ni telah dikaji Dr. Fadzilah Kamsah...ada yang betul, agak betul dan tak betul..
Yang berikut adalah sifat untuk bulan Julai..hehe

- Sangat suka didamping..(ehem..ehem)
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti especially lelaki..(aku rasa yang ni agak tepat)
- Ada harga diri dan maruah (sokong 200%..insyaAllah)
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tak marah apabila disusahkan....(korang pun sama jugak kan?)
- Sangat menjaga hati orang lain..(takde la jaga sangat)
- Sangat peramah..(me?nope..)
- Berjiwa sentimental (oh yeahhh!!)
- Jarang berdendam..(mudah-mudahan)
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta PENYAYANG (patutla aku jadi ahli Kelab Penyayang UPM..hmm..no wonder..hehe)
- Agak pendiam kecuali diransang..(err..sila jangan fikir yang bukan2)
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus..(yeke?)
- Emosi yang mendalam tapi mudah terluka hatinya..(haha..tak boleh blah)
- Tidak suka benda remeh temeh..(agakla..)
- Layanan yang serupa terhadap semua orang..
Banyak lagi sebenarnya sifat untuk bulan JULAI ni..esok2 panjang umur aku sambung ya!!!
Ok..sekian..
Wassalam (^_^)
Thursday, May 12, 2011
Jururawat
Assalamu'alaikum...
Ish..dah lama rasanya tak menulis entry...almaklumla malas + bz study (konon je)..padahal layan facebook berjam2 boleh je...ahaks..
Mmm..korang tau tak setiap 12 Mei kita sambut Hari Jururawat Sedunia? Tahu? Tak tahu? Apapun,bila korang baca entry ni, maksudnya korang dah tahu la bila hari jururawat kan?Betul tak?
Hebat betul kan jururawat a.k.a nurse@misi ni..Err..misi?
Korang tau tak kenapa aku kata NURSE ni HEBAT? Sebabnya NURSE ada juga hari diorang tersendiri...at least rasa spesial + di 'appreciate' masa hari tu kan? Korang ada dengar Hari Doktor Sedunia? Ada?Ada? Tak ada kan? Cuba korang search kat google "hari doktor sedunia"..confirm tak jumpa..yang ada pun pasal satu group kat facebook ni, diorang menuntut hari doktor sedunia...(tu pun kalau ada lagi)
Aku bukan nak kata doktor tak di'appreciate'....minta maaf ya doktor2 sekalian..tak terniat pun dihati :-(...
kalian AMAT2 lah dihargai...penting...Jasa kalian tak terkira..Allah saja yang dapat membalas jasa kalian..
Ok..berbalik pada cerita NURSE, sebenarnya aku ada adik yang tengah ambil Dip. Kejururawatan..so, di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kat adik aku, nurse-to-be, dan semua semua jururawat yang ada kat dunia ni, terutamanya yang pernah merawat aku...hehe...
Oklah..sampai sini je nak mengarut+merepek...salah silap minta maaf ya!!
Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011
Dimanakah hati kita berlabuh?
Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan. Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.
Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!
Dalam sebuah ayat-Nya. Allah swt berfirman :
“Katakanlah! Dia (Allah) yang telah menciptakan kalian, dan Dia jadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan dan hati (pikiran). (namun) Amat sedikit yang kalian syukuri.” Qs. Al-Mulk (67) : 23
Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya… melihat, mendengar lalu berfikir. Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.
Bagaimanakah reaksi kita tatkala melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang amat banyak di sekitar kita? atau ketika kita mendengar ayat-ayatNya? Dan bagaimana sikap kita saat Allah melimpahruahkan harta kepada kita? Dan bagaimana sikap kita saat Dia “mempalitkan” sedikit azabNya yang berwujud musibah?
Pepatah Inggeris mengatakan, “Heart is King” (hati adalah raja). Kerana hati inilah yang menentukan segala perbuatan kita. Bila hati seseorang itu “berlabuh” kepada Allah, dia akan selalu beribadah, berzikir dan berdoa. Dia tidak pernah melupakanNya, nescaya dia menjadi hati yang lembut, baik dan redha.
Sebaliknya, hati yang selalu bermaksiat, lalai, meremehkan, bahkan berani menentang Allah atau enggan mendengarkan ayat-ayat suciNya, maka hatinya adalah hati yang culas, jahat, yang selalu membuat Penciptanya murka. Dan itulah, hati yang ‘’berlabuh’’ kepada rayuan syaitan pujaanya.
Kini, sudah saatnya kita muhasah diri, mengamati keadaan kita masing-masing.
Mungkinkah terlampau jauh dariNya? Dimanakah hati kita “berlabuh’’? Di “pelabuhan’’ Allah kah…? Atau di “pelabuhan” syaitan?
Andaikan hati kita telah lama membengkok, marilah kita luruskan kembali! Marilah kita memohon ampunanNya, redh-Nya dan belas kasihNya.
Akhir kata, tiada air mata yang lebih mulia kecuali tatkala menitis kerana menyesali segala dosa, tatkala kita bersimpuh, bertaubat atas “kebengkokan’’ hati kita selama ini.
‘’Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’ QS. Al-muzzammil (73) : 20
Sumber: Dimanakah Hati Kita Berlabuh | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/dimanakah-hati-kita-berlabuh/#ixzz1JNakGlW5
Subscribe to:
Posts (Atom)